KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO DALAM KALANGAN REMAJA
Ketagihan permainan video ialah tabiat permainan video luar talian atau dalam talian yang berlebihan sehingga menjejaskan kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal dalam aktiviti harian.
Permainan video dalam talian ini membawa maksud permainan yang terdapat di laman sesawang dan memerlukan internet untuk mengaksesnya. Sebagai contoh, antara permainan yang sering menjadi pilihan utama kepada golongan remaja hari ini ialah Player Unknown Battle Ground (PUBG), Mobile Legends, League of Legends, Counter Strikes dan lain-lain lagi.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan pandemik Covid-19 menyaksikan remaja tidak dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. Keterbatasan dalam perhubungan sosial menyebabkan remaja menghabiskan masa dengan permainan video secara dalam talian.
Seiring dengan peredaran zaman, permainan dalam talian kini bukan lagi perkara asing bagi remaja. Ketagihan permainan dalam talian ini sepatutnya perlu disedari oleh golongan remaja itu sendiri mahupun ibu bapa.
MARI KITA KENALI BERKAITAN DENGAN KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO DALAM KALANGAN REMAJA
Berikut merupakan Ciri, Faktor dan Kesan remaja yang ketagihan dengan permainan video pada masa ini
Remaja yang ketagihan dengan permainan video ini dikesan melalui :
1. Prestasi akademik pelajar merosot. Misalnya, Remaja yang hanya memberi tumpuan terhadap permainan tersebut menyebabkan ramai dalam kalangan mereka yang masih bersekolah tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh para guru. Pengabaian ini menyebabkan prestasi akademik para remaja terjejas dan merosot kerana tidak mempunyai masa untuk belajar dan mengulang kaji.
2. Selain itu, Remaja yang kerap bermain permainan dalam talian secara berterusan ini menjadi akan menghadapi ketagihan permainan video kerana perkara ini yang menyebabkan remaja menjadi taasub untuk bermain dan sanggup menghabis masa selama dua hingga tujuh jam sehari untuk kepuasan diri sendiri.
3. Seterusnya, remaja yang ketagih ini dilihat melalui Pengurusan diri sendiri merosot. Perkara ini lebih membimbangkan kerana remaja yang ketagih dengan permainan dalam talian ini ada yang sanggup berkorban masa, tidak mandi, makan dan minum serta berjaga malam semata-mata untuk menang dalam perlawanan ‘games’.
4. Gangguan pemikiran dan kegelisahan dalam kalangan remaja. Perkara ini berlaku sekiranya mereka tidak dapat bermain atau meninggalkan permainan ini untuk jangka masa yang lama atau jangka masa singkat. Mereka yang berhenti bermain permainan dalam talian ini selalu memikirkan permainan tersebut sehingga mengakibatkan mereka berasa gelisah dan kemurungan.
5. Akhir sekali, Hubungan dengan keluarga, rakan dan masyarakat terjejas. Aktiviti yang sering diabaikan oleh remaja ini yang ketagihan permainan video seperti berbual untuk berkongsi cerita berkaitan dengan pembelajaran, beriadah dan bersukan bersama keluarga menyebabkan berlaku perselisihan faham antara remaja dengan keluarganya. Remaja yang lama tidak keluar rumah dan tidak berjumpa atau bertegur sapa dengan jiran tetangga akibat ketagihan ini mengakibatkan interaksi sosial mereka berkurang.
Antara Faktor berlakunya ketagihan permainan video dalam kalangan remaja:
1. Pengaruh Rakan Sebaya. Remaja akan mula terdedah kepada keseronokkan dalam permainan atas talian ditambah pula dengan pelbagai kemudahan yang dinaiktarafkan dalam sesuatu permainan video seperti mampu untuk berbual bersama rakan-rakan lain di dalam permainan serta latar bunyi dan grafik yang mengasyikkan.
2. Kurang Kawalan ibu bapa. Ibu bapa sentiasa sibuk dengan urusan pekerjaan mereka sehingga tidak mengambil peduli tentang aktiviti harian anak-anak mereka.Anak-anak yang kesunyian akan mencari alternatif lain untuk menghiburkan diri mereka dan menghilangkan rasa bosan dengan bermain permainan video.
3. Kekurangan penghayatan didikan agama. Pengukuhan agama yang lemah dalam diri seseorang itu akan membuatkan mereka lebih mudah terpedaya dengan hal-hal yang mengasyikkan. Sebagai contoh, dalam agama Islam menuntut penganutnya untuk menunaikan solat 5 kali sehari, tetapi disebabkan oleh lemahnya iman seseorang itu akan menyebabkan mereka terlalu asyik bermain permainan video sehingga mengabaikan solat 5 waktu tersebut.
4. Pengaruh Media Massa dan Elektronik. Perkembangan TMK ini secara tidak langsung menyumbang kepada ketagihan permainan video atas talian dengan cara media massa sering memaparkan iklan-iklan tentang permainan video yang baru dan penuh dengan aksi dan kualiti grafik yang tinggi dimana sudah tentu mampu menarik minat remaja untuk mencubanya.
5. Pengaruh keadaan persekitaran. Sebagai contoh, pusat membeli belah yang menyediakan arkib atau kafe permainan video dengan mengenakan bayaran yang murah juga mampu menarik minat remaja untuk bermain permainan video serta penjualan DVD permainan video secara terbuka oleh premis-premis yang tidak berlesen juga merupakan faktor kepada remaja ketagihan permainan video.
Antara kesan yang berlaku terhadap remaja yang ketagihan dengan permainan video:
1. Tingkah laku Remaja Menjadi Agresif. Remaja yang bermain permainan yang berunsurkan alam sekitar lebih suka bermain permainan jenis hutan berbanding dengan remaja yang bermain permainan ganas seperti karakter iaitu permainan yang berbentuk pertarungan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku yang agresif semasa bermain (Dayne Trikora Wardhani, Adi Fahrudin, 2010). Sebagai contohnnya, remaja akan menunjukkan sifat agresif seperti menendang pintu, mengamuk tanpa sebarang sebab kukuh kerana mereka tidak suka diganggu Ketika bermain permainan dalam talian.
2. Prestasi Pelajaran Remaja Merosot. Remaja akan menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan dalam talian selama 3-7 jam setiap hari berbanding mengulang kaji pelajaran, membuat tugasan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka. Perkara ini membuatkan prestasi akademik mereka semakin menurun dari semasa ke semasa dan akan merisaukan pihak sekolah dan ibu bapa.
3. Remaja Tidak Tahu Bersosial dan Berkomunikasi dengan Baik. Remaja tidak mempunyai kemahiran bersosial atau berinteraksi dengan orang sekeliling secara berkesan kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk memulakan perbualan dengan orang sekeliling berikutan begitu sibuk dengan permainan dalam talian yang sangat digila-gilakan.
4. Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang. Remaja cenderung untuk tidak meluangkan masa mereka dengan ahli keluarga kerana terlalu sibuk dan leka dengan permainan dalam talian dan akan banyak memberikan alasan apabila ditegur. Remaja akan cenderung untuk melawan kata ibu bapa mereka dan enggan mendengar arahan kerana tidak mahu diganggu waktu mereka bermain permainan dalam talian.
5.Kesan Terhadap Kesihatan Mental dan Fizikal. Menurut Tazawa, Soukalo, Okada, Buckey, dan Anderson mendapati bahawa remaja yang bermain permainan dalam talian dalam jangka masa yang lama iaitu melebihi lima jam sehari akan menghidapi sindrom penyakit seperti sakit kepala, mual, sakit dada, dan boleh menyumbang penyakit kegemukan. Hal ini kerana, remaja yang bermain permainan dalam talian memerlukan tingkah laku duduk yang mana mereka kurang melakukan pergerakan badan, dan mereka turut cenderung bermain permainan dalam talian sambil makan makanan ringan khususnya junk food.
Infografik berkaitan dengan Permainan Video
TEORI YANG BERKAITAN DENGAN ISU
KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO DALAM
KALANGAN REMAJA
Berikut merupakan Teori yang boleh dikaitkan dengan isu ketagihan permainan video dalam kalangan remaja:
Sumber Youtube : https://youtu.be/3ijb-4qAtqs
KUIZ KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO
DALAM KALANGAN REMAJA
Kuiz ini sekadar hiburan untuk remaja dan dapat memberi pengetahuan kepada remaja berkaitan dengan ketagihan permainan video ini
Untuk menjawab kuiz sila klik link di bawah
https://wordwall.net/play/8260/548/515
APA YANG ANDA FAHAM MELALUI PENJELASAN DALAM BLOGGER INI?
(Jika anda mempunyai sebarang masalah yang ingin dikongsi kami sedia membantu)
SILA BERIKAN ULASAN ANDA DI BAWAH
TERIMA KASIH
ππππππ
Ulasan
Catat Ulasan