Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

APA ITU KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO?

KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO DALAM KALANGAN REMAJA  Ketagihan permainan video ialah tabiat permainan video luar talian atau dalam talian yang berlebihan sehingga menjejaskan kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal dalam aktiviti harian. Permainan video dalam talian ini membawa maksud permainan yang terdapat di laman sesawang dan memerlukan internet untuk mengaksesnya. Sebagai contoh, antara permainan yang sering menjadi pilihan utama kepada golongan remaja hari ini ialah Player Unknown Battle Ground (PUBG), Mobile Legends, League of Legends, Counter Strikes dan lain-lain lagi.  P erintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan pandemik Covid-19 menyaksikan remaja tidak dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. Keterbatasan dalam perhubungan sosial menyebabkan remaja menghabiskan masa dengan permainan video secara dalam talian. Seiring dengan peredaran zaman, permainan dalam talian kini bukan lagi perkara asing bagi remaja. Ketagihan permainan dalam talian in...